Diari Permata Hatiku

Kedatanganmu Ku Alu-alukan Dengan Hati Yang Terbuka

Counter Hit







Music

Loading…

Events

Photos

Loading…
  • Add Photos
  • View All
 

Perkembangan Semasa Muhammad Uqbah bin Akmal Hisyam bin Masri

Tarikh: 29 September 2009 /10 Syawal 1430
Masa: 4.09 petang
Usia: 11 minggu
Tempat: Klinik Rawatan An-Nur


Tarikh: 29 Oktober 2009 /10 Zulkaedah 1430
Masa: 4.13 petang
Usia: 15 minggu
Tempat: Klinik Rawatan An-Nur

Sudut Pandangan Daripada Atas Kepala


Sudut Pandangan Sisi Badan (Kepala dan Badan)


Bila tgk td time doktor tu fokus btul2 kt baby tu-Allahuakhbar.... tiba2 tangan baby tu mlambai2. Tkejut kami n doktor Rosnani.. Lps tu bila dr ros nk cr blik-bdk kcik tu pegi pusing mngering mbelakangkn kami plak-so action yg dia buat td dh x jumpa. Nk main sorok2 la ni. Hehe... Bulan 1 tahun dpn bru scan blik nk tau jantina.

Tarikh: 15 November 2009 /27 Zulkaedah 1430
Masa:9.00 malam
Usia: 17 minggu
Tempat: Hospital Pantai Ayer Keroh

Kali ni Dr. Tan(Dktor Pakar Hospital Pantai Ayer Keroh)dh confirmkn. jantina baby kami-lelaki. Dia kata bole nmpak "roket" kt skrin tu. Haha.. So dgn ini beta sgala rasminya menamakan baby ni dgn nama Muhammad Uqbah bin Akmal Hisyam bin Masri. Semoga kelahiran Uqbah ini, akan mengembalikan smula kegemilangan umat Islam sama seperti sejarah di sebalik namanya sendiri. Abah, Ummi n seluruh umat ISlam akan setia mnunggu kdatanganmu sebagai seorang pejuang Islam. So nama Rumaysa tu kami akan bw ke ms akan dtg plak. hehe..


Tarikh: 18 November 2009 /01 Zulhijjah 1430
Masa:8.00 malam
Usia: 18 minggu
Tempat: Klinik Rawatan An-Nur

Hari ni Si Ibu buat rawatan susulan dgn Dr Rosnani. Bila scan td-bknya dh besar pnjg, kali ni pnuh terus ruang kosong sblm ni. Posisi kali ni-dia tgh tido sambil isap jari..


Tarikh: 3 Febuari 2010 /19 Safar 1431
Masa:3.43 pagi
Usia: 29 minggu
Tempat: Hospital Besar Melaka

Detik mencemaskan itu msih tringat2 dlm ingatan ni. Isteriku dibawa dengan ambulan daripada rumah kami di Alor gajah ke ke hospital Melaka di bandar sejauh 30 minit. Aku dimaklumkan, pihak pakar tpksa mngambil kptusan untuk melakukan pmbedahan terhadap isteriku akibat pndarahan yang bterusan tanpa henti. Tepat jam 3.43 pagi, pembedahan telah berjaya dan Muhammad Uqbah dgn berat 1.2kg telah selamat dilahirkan dlm keadaan tidak ckup bulan. Hal ini myebabkan Uqbah tpaksa dimasukkn ke dlm inkubator. Ku azan dan qamatkn ke telinga Uqbah melalui lubang inkubtor trsebut. Alhmdlh-rzkiku dtg lebih awal daripada jngkaan.

Rahsia dan Sejarah di Sebalik Nama Muhammad Uqbah@ Nur Rumaysa

Setiap insan pasti berbangga sekiranya mengetahui di sebalik namanya itu terdapat sejarah dan maksud yang tersendiri. Kita sendiri tidak terkecuali merasai perasaan tersebut. Justeru itu, pemilihan nama bakal anak pertama kami telah pun bermula pada tahun 2008 sebagai persediaan. Walaubagaimanapun keputusan muktamad telah pun dibuat pada 26 September 2009 setelah memenuhi semua aspek yang dikehendaki kami berdua. Serba sedikit kami akan menceritakan sejarah di sebalik nama-nama pilihan tersebut. Sekiranya anak itu lelaki, maka nama Muhammad Uqbah lah yang akan menjadi pilihan. Tetapi sekiranya perempuan, Nur Rumaysa lah sebagai pengganti. Jika ibubapa pada zaman kini berbangga nama moden yang bersifat Barat. Kami pula berasa bangga dengan nama nabi kita Muhammad S.A.W. dan para sahabat.

Muhammad Uqbah bermaksud "Kepujian Pengakhir dan Penamat Segalanya". Penamaan Muhammad pada awal perkataan bertujuan mengingati dan memuliakan Rasululah S.A.W. sebagai nabi dan utusan di akhir zaman. Semoga anakanda mewarisi sifat-sifat yang dimiliki baginda. Seterusnya Uqbah pula diambil bersempena nama dua orang tokoh Islam iaitu Uqbah bin Amir R.A. dan Uqbah bin Nafi' R.A. yang masing2 terkenal di Zaman Para Sahabat dan Zaman Pemerintahan Bani Umaiyah. Uqbah bin Amir R.A. merupakan salah seorang sahabat yang amat rapat dengan nabi semasa hayat baginda. Beliau merupakan salah seorang periwayat hadis dan juga terlibat berjuang bersama-sama nabi dalam beberapa peperangan besar seperti Perang Badar dan Uhud. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang panglima Islam yang berjaya menakhluk Mesir pada zaman pemerintahan Khalifah Muawiyah R.A. Selain itu, seorang lagi panglima Islam pada zaman Khalifah Muawaiyah ialah Uqbah bin Nafi' R.A.. Beliau telah digelar sebagai Si Penakhluk Afrika kerana bertanggungjawab menguasai keseluruhan Afrika Utara daripada tentera Byzantine. Beliau juga bertanggungjawab mengasaskan Qairawan sebagai pusat penyebaran Islam.

Nur Rumaysa pula bermaksud "Cahaya Pendamai Antara Dua Puak Bertelagah". Nama Nur merupakan pelengkap kepada Rumaysa. Rumaysa pula diambil daripada salah seorang sahabat nabi iaitu Rumaysa binti Milhan R.A. yang juga merupakan ibu kepada salah seorang sahabat nabi dan turut merupakan periwayat hadis iaitu Anas bin Malik R.A. Rumaysa juga dikenali sebagai Ummu Sulaym dan turut terlibat sebagai pembantu semasa Perang Uhud. Sabda Rasulullah S.A.W:“Aku masuk ke syurga lalu terdengar sebuah suara di hadapanku. Ternyata beliau ialah Al-Rumaysa’ bintu Milhan”[HR Bukhari].

Semoga anak yang akan tiba ini akan mewarisi segala sifat tokoh-tokoh besar Islam ini. Amin... Kami setia menanti kehadiranMu wahai Khalifah Allah...

Amalan-amalan Semasa Mengandung

BACAAN SURAH-SURAH AL-QURAN

Surah Maryam - untuk mudah bersalin seperti Siti Maryam melahirkan nabi Isa A.S
Surah Luqman- untuk melahirkan anak yang bijaksan seperti Luqman Hakim
Surah Yusuf- untuk melahirkan anak cantik dan kacak seperti Nabi Yusuf A.S
Surah Taha- lembut hati
Surah Nahl-berdisplin
Surah Hujurat- bykkan susu ibu/ anak bersifat hati2
Surah Taubat-bersih jiwa dan tpelihara daripada maksiat
Surah Yassin-teguh hati dan tidak tpngaruh dengan pujukan syaitan

Blog Posts

Forum

zahir

congratulations!!!!!

tahniah dpt anak laki....insyaallah besar nati dia gagah cam ayahnye....hehehe....Continue

Started by zahir Feb 14, 2010.

Rohaidah Masri

Ello....baby

uiittt... dah ada nama .

Started by Rohaidah Masri Sep 30, 2009.

 
 
 

Latest Activity

Profile Icon

congratulations!!!!!

tahniah dpt anak laki....insyaallah besar nati dia gagah cam ayahnye....hehehe....See More
Discussion posted by zahir Feb 14, 2010
Profile Icon
zahir is now a member of Diari Permata Hatiku Feb 14, 2010
Profile Icon
Photos posted by Cikgu Akmal Oct 4, 2009
Profile Icon
Photos posted by Cikgu Akmal Oct 4, 2009

© 2012   Created by Cikgu Akmal.   Powered by .

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service